Sunday, October 31, 2010

Piala Malaysia akhirnya milik Pahlawan Merah

                                         

"Mereka bermain lebih baik",ZESTSCADMIN.




Tahniah kepada skuad Kelantan yang akhirnya berjaya merampas takhta Piala Malaysia dari cengkaman skuad Rusa yang ternyata tempang tanpa suntikan kelibat penyerang berbisa Negri Sembilan iaitu Zaquan Adha. Namun ia tidak merencatkan semangat pemain yang lain kerana dapat dilihat mereka bermain habis-habisan sehingga wisel penamat. Kelantan juga sememangnya layak untuk mendakap piala keagungan sukan bola sepak tanah air itu kerana jelas dilihat mereka menguasai perlawanan sepenuhnya sebaik sahaja Shahurain menyempurnakan sepakan penalti untuk menghadiahkan gol pendahuluan untuk Negri Sembilan yang hanya bertahan pada babak pertama. Meskipun kita dapat lihat ada sesekali terjahan keras dilakukan oleh kedua-dua pasukan, namun semangat kesukanan masih dipamerkan oleh setiap pemain. Gol penyamaan Kelantan dijaringkan oleh bekas penyerang Negri Sembilan sendiri iaitu Hairuddin Omar,ironinya beliau merupakan salah seorang pemain yang dinamakan dalam skuad Piala Malaysia Negri Sembilan pada edisi tahun lalu, dan sekali lagi beliau menjaringkan gol,cuma kali ini di pihak berlawanan.Gol kemenangan Kelantan sememangnya tidak boleh dinafikan apabila lorongan cantik pemain sayap berjaya mencari penyerang Kelantan yang terus melepaskan tendangan kencang yang melepasi jangkauan penjaga gol Negri Sembilan, Sani Anuar Kamsani.Keseluruhan perlawana boleh dipuji kerana kedua-dua pasukan menggunakan corak permainan yang agak menarik, kerana sesekali ada gerakan yang cantik memperdaya barisan pertahanan masing-masing.Keputusan akhir 2-1.Tahniah sekali lagi.-eshworth

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

More news headlines