Tuesday, February 1, 2011

EDISI KHAS:Prestasi ZEST SC Pada Perlawanan Persahabatan,29 JAN 2011.

Oleh Amirul Iqmal(Ketua Pasukan)

Assalamualaikum,

                  Tibanya raya cina yang bakal datang, ahli ZEST kembali ke rumah masing-masing dan pada sabtu yang lepas, kami ber'futsal' semula. Seperti biasa, mengumpul ahli untuk bermain, cukup senang, tapi kehadiran penuh tidak dapat dicatatkan.

KOMEN:Pelbagai kritikan dan pujian
                  Lalu, salah seorang ahli daripada kami iaitu Kamal telah memanggil rakan2nya untuk friendly dengan kami,turut bersama ialah Azizan dan rakannya. Antara ahli ZEST yang dapat hadir ialah, Eshmir, Hasrul, Iqmal, Izmir, Arif, Kamal, Hisyam. Setelah selesai berborak sakan, maka kami memanaskan badan dan main. sebelum tu, venue kami main pada malam itu, ialah ERS Futsal. Kami memulakan futsal pada malam itu dengan agak keras. Walaupun tanpa keeper utama(Firdaus), kami masih mampu bermain dengan baik. Selang 20 minit yang pertama, para pemain mula menunjukkan aksi prestasi yang tidak konsisten. Hantaran demi hantaran mula tidak kemas, tangkapan keeper kedua juga tidak kemas. Malah, skil dan corak juga agak berterabur pada malam itu. Mungkin juga telah lama tidak dapat bersama, mereka masih dapat dimaafkan. Beberapa kelemahan yang lain juga dapat dikesan ialah, keserasian antara pemain masih belum dapat diwujudkan, 'tactical' permainan yang belum mantap, skil para pemain masih belum mencapai tahap sebenar, tahap kecergasan pemain yang tidak memuaskan dan kualiti permainan yang masih lemah.

SERIUS:Kapten Amirul tegas apabila membincangkan soal masa depan ZEST SC
              Nampaknya, pelbagai pembaharuan perlu dijalankan agar kualiti serta tahap permainan ZEST dapat dtingkatkan dan mampu menempa dalam apa jua pertandingan yang diadakan. Selain itu, kecergasan para pemain perlu ditingkatkan dengan lebih tinggi agar para pemain dapat bermain dengan lebih cergas dan konsisten. Harapan agar setiap ahli ZEST dapat menunjukkan sahsiah, komitmen yang tinggi dan tanggungjawab agar pasukan ZEST dapat ditingkatkan dan berjaya pada masa akan datang.

HARAP: Terus meletakkan sasaran agar cita cita ZEST menuju kearah  yang betul


(Note:Firdaus,Putra,Syed,Faiz tidak diturunkan kerana mempunyai hal peribadi)

3 comments:

faiz said...

sorry x dapat join. aku x dapat cuti.
sorry again.

ZEST SC said...

pelajaran lagi penting,takpe :)

Cikgu Izmir said...

jom repeat balik game ni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

More news headlines